بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØْمنِ الرَّØِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang”
Khutbah
ini disampaikan pada 9 Zulhijjah, Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung
Arafah;
Dari
Jarir ra: “Sungguh Nabi SAW bersabda padanya, pada Haji Wada’ (Haji
perpisahan/haji Nabi saw yang terakhir). Simaklah dengan baik wahai
orang-orang, lalu beliau bersabda: “Jangan kalian kembali kepada kekufuran
setelah aku wafat, saling bunuh dan memerangi satu sama lain”
(Shahih
Bukhari)
Haji Wada’ dikenal juga dengan nama Haji Perpisahan Nabi Muhammad Saw. Beliau
mengumumkan niatnya pada 25 Dzulqaidah 10 H atau setahun sebelum beliau wafat.
Dari sekian banyak hikmah dari Haji Wada’ ini adalah pesan kemanusiaan yang
terungkap dari khutbah beliau.
Ketika Rasulullah
Saw menyatakan diri hendak menunaikan haji, sekitar 90 ribu lebih pengikutnya
terpana dan kagum dengan sosok beliau. Lantas mereka mengikuti Rasulullah
melakukan perjalanan dari Madinah ke Mekkah pada 25 Dzulqaidah 10 H.
Dalam
perjalanan ke Mekkah, Rasulullah bersama isteri-isterinya menginap semalam di
Dzi al-Hulaifah. Dini hari sampai Shubuh, beliau dan pengikutnya melakukan
ihram dan berjalan sambil mengucapkan “Labbaik, Allahumma labaik… Labbaik, la
syarika laka labbaik!”
Sampai di
Mekkah, Rasulullah bergegas ke Masjidil Haram. Di sana, beliau melaksanakan
ibadah thawaf, sa’i, lantas berdoa di Bukit Mekkah. Setelah itu, beliau
berkhutbah di Padang Arafah di hadapan seratus ribu lebih pengikutnya dari
Madinah dan Mekkah.
Suasana
di Padang Arafah ketika musim Haji
Di
Arafah, segala puji kepada Allah dan selawat bergema ketika Rasulullah berdiri
untuk memulai khutbah.
” Wahai
manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu
dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang
yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan
harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah
kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah
bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu
segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai
Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai
hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka
mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai
Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan
tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya
kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang
lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang
lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah,
bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan
diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan
sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai
Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus
mendengar dariku.
Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU. “
Pada saat
itulah turun wahyu yang terakhir kepada Nabi Muhammad SAW :
Firman Allah
SWT :
“Hari
ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas
kamu, dan Aku Redho Islam menjadi agama bagimu.”
(QS.
Al-Maidah : 3).
Setelah
mendengar wahyu ini Abu Bakar RA menangis terisak-isak, kerana dia memahami bahawa
jika suatu misi telah disempurnakan menandakan si pembawa misi tersebut (Nabi
Muhammad SAW) akan segera kembali kepada Allah SWT (meninggal dunia).
Assalamu`alaika ayyuhannabiyyu warah matullahi wabarakatuh
ALLAAHUMMA SAHALLI ’ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA ’ALAA AALIHI WASALLIM.
ALLAHUMMA SHALLI WASALLIM WABAARIK ’ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA ’ALAA
AALI SAYYIDINAA MUHAMMAD.