Oohh Bosan!...
Oleh kerana aku sengsorang kat opis gedabak aku hari ni, (padan lah muka aku, lari lagi dari outstation..huhu) mata pun dah nak main buai laju-laju..so laju2 lah aku amik kesempatan ni menaip serba sedikit apa yang aku tau... jus wanna share bout financial planning yg sesuai utk aku n korang yg fresh graduate macam aku..mana la tau kan, kot2 hampa pun bleh amik manfaat dari ilmu-ilmu yang aku dapat.. sharing is caring tak gitew... yuckss..(perosak bahasa aku ni)..
Alhamdulillah atas rezeki yang di kurniakan kepada aku...habis ja intenship, sempat lepak kat umah bout 4 months membela badan sblm aku grad secara sah nya oleh Uni, aku dapat offer untuk satu jawatan kat tempat aku buat latihan industri dulu... tapi bukan bawah safety department yang aku buat LI dulu...actually diorang pun tak tahu yang aku dapat offer keja kat situ.. lpas aku kena interview berejam2 tu barulah diorang tahu..huhu.. actually i have my own reasons knp x bagi tahu sesapa... yelah aku nk buktikan pada diri aku sendiri tanpa ada pengaruh dari orang sekeliling..satu ja yg aku percaya "andai itu untuk aku, aku akan dapat", so aku usaha, doa, tawakal sahaja..even lepas interview tu aku langsung tak yakin yg aku bleh dpat keja tu sebabnya aku jawab ntah apa-apa, jus teory semata..pulak nk bercakap hari tu x boleh nak bercakap, terseksa mulut lidah kena ulser macam nak menitik air mata time tu jugak..huhu
Back to main post of today..melalut ja lebih...isi pun tarak....
Dapat kerja tapi dengan gaji masih di tahap miskin bandar..(facts okey) .Nasib lah aku tak tinggal kawasan bandar. Setiap tahun ramai golongan macam ni. Cari punya cari, godek sana godek sini, study, inilah tips kewangan yang sesuai untuk aku follow???
1. Cari Kerja Yang Dekat Dengan Tempat Tinggal
Kalau kerja jauh, kos naik. Plain and simple. So masa nak terima apa-apa job offer, pastikan dah kira kos tol, minyak untuk pergi balik kerja, termasuk masa yang diperlukan untuk ulang-alik ke tempat kerja.
Best option, tinggal di rumah parents (aku tinggal ngan parents..ngeh2). Dah save kat sewa rumah dan makan. Kalau kengkawan yang terpaksa menyewa, try cari yang paling dekat. Mungkin kena korbankan sikit keselesaan kalau nak tinggal dekat dengan tempat kerja pada kos yang rendah, takpe. Sabar je.. Awal-awal kerja memang kena struggle sikit.
2. Jangan Beli Kereta .. tungguuu dulu

Company tempat aku kerja bagi claim per km tak lah tinggi, tambah pulak untuk executive level. Tempat lain aku x sure la pulak, tapi company kawan aku kerja lebih kurang seringgit per km. Tu tak termasuk tol. Kerja outstation banyak. Kalau dalam sebulan travelling claim dah boleh cover instalment kereta korang, so proceed je lah dengan kehendak korang nak beli kereta tu..hehe
Kalau ikut tips pertama, tinggal dekat dengan tempat kerja, bolehlah naik motor je pergi kerja. Tak perlu kereta dah. Yang tak boleh naik motor macam aku terpaksa lah beli kereta. Kalau tak kasihan lah si abang kesayangan aku tu nak menghantar menjemput aku balik keja..Itu tak kena time aku ada meeting, kalau ada meeting...hurmmm faham2 lah...
3. Beli Rumah Low Cost di Kawasan Panas
Sebab baru bekerja dan gaji kecil bukanlah alasan untuk tak membeli rumah. Boleh je beli rumah. Advantage kat sini adalah fresh graduate yang gaji kurang daripada RM2,500 boleh beli rumah low cost. ( Tips yang ni aku memang betol2 tak mampu lagi even dah usha2 jugak rumah kat area tempat aku ni )
Tapi tak boleh main beli. Beli hanya di kawasan sewa yang hot. Kalau kat sebelah utara ni kawasan Sungai Petani lah kot dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengan nya..aku pun x sure sangat sebab x buat full research lagi..acewahh... Nak tau hot area kat utara ni kena la rajin keluar buat research sikit, tanya2 orang keliling...aku bukan nya tahu sangat, nama nya ja orang utara... ( shame on me..huhu)Tujuan nak beli di kawasan hot ini adalah supaya bila disewakan nanti dapatlah side income sikit daripada lebihan duit sewa selepas ditolak instalment loan bank.
Ada orang cakap kalau beli rumah low cost untuk buat investment macam menganiaya orang lain yang tak mampu beli rumah. Pada (as) tak. Dia kata, selagi gaji kecik dan masih dalam kategori layak, nothings wrong pun. Itu hak kita.
Yang salah adalah orang yang memang ada income banyak, tapi buat nampak macam income sikit untuk dapatkan kuota pembelian rumah low cost. Itu baru betul tak beretika.
4. Educate Yourself
Every year ada ja berita pasal peratusan fresh graduate yang bankrap semakin meningkat tapi kerajaan takde pulak nak masukkan subjek perancangan kewangan kat uni. Klo (as) x faham, aku lagi laa x faham kenapa..why..why..why????
Kajian membuktikan, kebiasaanya yang masuk dalam golongan bankrap ni adalah yang tak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan. Bukan yang bergaji kecil ja tau gaji besar pun tapi kalau bulan-bulan kebocoran sana sini dan takde saving pun no point. So educate yourself. ( fotrthis point aku dah kena dengan Mr.J, dia siap buat monthly schedule planning utk aku..tqvm ). Joinlah financial planning course, x mahal kot, paling senang rajin kan lah diri meng'google' blog2, confirm banyak information to educate ourself. Aku setakat ni x join mana2 course, just kutip2 info yang bersepah kat internet.
5. Ambil Medical Card Sendiri
Point ni aku tengah usahakan. Untuk fresh graduate, aku bajet antara RM150 – RM200 dah cukup kot, aku kena jugak tengok monthly income aku..huhu.. Cubalah cari plan medical yang already offer savings account, tak perlu fikir dah pasal
investment unit trust sebab pelaburan unit trust bersifat long term dan ambil medical card memang untuk long term.
Bila ada plan medical card sendiri ni, secara tak langsung kita dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dah sampai masanya untuk betul-betul berdikari.
Kepada yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan Takaful paling murah sebagai back up. Jangan bergantung 100% pada orang lain.
6. Get a Job as soon as Possible
Let’s say kerja dah menepati tips no.1 atas tadi, tapi mungkin gaji kurang sikit. Ambil ja okey.
Reasons:
Lagi lambat start, lagi lambat accumulate experience. Biasanya lepas setahun lebih kerja, dah cukup experience untuk jump ke position lain yang offer better salary tapi kalau first job ni pun dapat lambat, maka lambatlah dapat jump. Experience tu tersangatlah penting. Lambat dapat kerja, caruman KWSP pun start lambat. Rugi sesangat SIS/BRO... (last month aku dah daftar penama bagi akaun KWSP, last 2 weeks KWSP dah hantar surat pengesahan..alhamdulillah)
7. Ambil Kad Kredit Hanya Selepas Setahun Bekerja
Kad kredit ada pros & cons nya. (As) ada tulis pasal tips kad kredit dalam blog dia. Korang nak tau pegi lah jenguk blog dia. He's a good financial planning. Kalau kena gaya penggunaan, memang boleh dapat penjimatan. Tapi untuk fresh graduate, ambil kad kredit hanya selepas setahun bekerja.
Reasons:
Kalau ambil kad kredit masa awal bekerja, everytime tak cukup duit kita akan swipe. Lama-lama mendidik diri untuk sentiasa memerlukan kad kredit.
Kalau setahun hidup tanpa kad kredit, kita akan belajar hidup dalam kemampuan diri. Takde cash, tak belanja. Bila dah biasa kawal pembelanjaan kuranglah kecenderungan untuk terlebih belanja bila ada kad kredit nanti.
8. Buka Akaun Private Retirement Scheme
Nak dapat pulangan investment 50%? Senang je. JOMM!! Buka akaun Private Retirement Scheme (PRS). Akaun ni function dia sama macam KWSP iaitu sebagai tabungan persaraan. Bezanya, yang manage duit ni bukan KWSP tetapi private entiti seperti CIMB, RHB, AmInvest dan sebagainya.
Untuk fresh graduate, kalau buka akaun ni dan letak RM1,000 dalam tu, kerajaan Malaysia akan top up RM500 ke dalam akaun PRS kita. Tak ke untung, 50% profit tu. hehe..
Duit free jangan dilepaskan. Bila dah cukup RM1,000 tu, bolehlah stop sebab duit dalam akaun PRS ni susah nak dikeluarkan. Buat simpanan dalam Tabung Haji atau ASB untuk tabungan kahwin atau beli rumah. (macam AS cakap tuu)
Itulah dia sedikit sebanyak tips untuk budak baru bekerja macam aku.(keja tak sampai 1 tahun lagi wehh..huhu). At least dapatlah idea sikit pasal financial planning ni. Kalau berguna, sharekan artikel ni kepada rakan/keluarga macam aku share and ikut advices dri en.AS....





