Wednesday, February 10, 2016

Khutbah Terakhir dari KEKASIH



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah, Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah;

Dari Jarir ra: “Sungguh Nabi SAW bersabda padanya, pada Haji Wada’ (Haji perpisahan/haji Nabi saw yang terakhir). Simaklah dengan baik wahai orang-orang, lalu beliau bersabda: “Jangan kalian kembali kepada kekufuran setelah aku wafat, saling bunuh dan memerangi satu sama lain” 
(Shahih Bukhari)

Haji Wada’ dikenal juga dengan nama Haji Perpisahan Nabi Muhammad Saw. Beliau mengumumkan niatnya pada 25 Dzulqaidah 10 H atau setahun sebelum beliau wafat. Dari sekian banyak hikmah dari Haji Wada’ ini adalah pesan kemanusiaan yang terungkap dari khutbah beliau.

Ketika Rasulullah Saw menyatakan diri hendak menunaikan haji, sekitar 90 ribu lebih pengikutnya terpana dan kagum dengan sosok beliau. Lantas mereka mengikuti Rasulullah melakukan perjalanan dari Madinah ke Mekkah pada 25 Dzulqaidah 10 H.

Dalam perjalanan ke Mekkah, Rasulullah bersama isteri-isterinya menginap semalam di Dzi al-Hulaifah. Dini hari sampai Shubuh, beliau dan pengikutnya melakukan ihram dan berjalan sambil mengucapkan “Labbaik, Allahumma labaik… Labbaik, la syarika laka labbaik!”

Sampai di Mekkah, Rasulullah bergegas ke Masjidil Haram. Di sana, beliau melaksanakan ibadah thawaf, sa’i, lantas berdoa di Bukit Mekkah. Setelah itu, beliau berkhutbah di Padang Arafah di hadapan seratus ribu lebih pengikutnya dari Madinah dan Mekkah.

Suasana di Padang Arafah ketika musim Haji

Di Arafah, segala puji kepada Allah dan selawat bergema ketika Rasulullah berdiri untuk memulai khutbah.

” Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU. “

Pada saat itulah turun wahyu yang terakhir kepada Nabi Muhammad SAW :

Firman Allah SWT :
 “Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan Aku Redho Islam menjadi agama bagimu.”
 (QS. Al-Maidah : 3).

Setelah mendengar wahyu ini Abu Bakar RA menangis terisak-isak, kerana dia memahami bahawa jika suatu misi telah disempurnakan menandakan si pembawa misi tersebut (Nabi Muhammad SAW) akan segera kembali kepada Allah SWT (meninggal dunia).


Assalamu`alaika ayyuhannabiyyu warah matullahi wabarakatuh 
ALLAAHUMMA SAHALLI ’ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA ’ALAA AALIHI WASALLIM.
ALLAHUMMA SHALLI WASALLIM WABAARIK ’ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA ’ALAA AALI SAYYIDINAA MUHAMMAD.

Friday, February 5, 2016

LANGIT CINTA





Ku bermohon
Bawah langit-Mu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta
Sekuat mana pun
Takkan melepasi
Cinta-Mu yang suci..
 
Memang dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah
Ku sangka
Hadir membelai jiwa
Dengan ikhlas
Tulus hatinya

Pulangkan dia padaku
Tak tertanggung merindu
Biarkan kami hidup
Di bawah langit cinta-Mu

Jika bukan dia
Cintaku ini
Ambillah kembali
Dari hati

Memang dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah
Ku sangka
Hadir membelai jiwa 
Dengan ikhlas tulus hatinya

Pulangkan dia padaku
Tak tertanggung merindu
Biarkan kami hidup
Di bawah langit cinta-Mu

Ku bermohon
Bawah langit-Mu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta sekuat
Mana pun
Takkan melepasi
Cinta-Mu yang suci