Thursday, October 15, 2015
Recovery.... Chaiyokk!!
Assalamualaikum w.b.t..
Today is friday... so far my mood recovery makin okey... sometimes i don't know what happen to me..obvious sangat satu perangai sejak ada makhluk yang bernyawa in my womb...i'm so sorry to peoples around me...
Mood nak bercakap dengan orang tak ada... berat mulut sangat-sangat...it is pembawakan budak???...ada ke symptom2 perangai pelik macam ni???..entah lah...wallahua'lam.. but i'm truely sorry pada sesiapa yg terasa hati....
and of cos .. i miss all of you......
Wednesday, October 7, 2015
Warkah Cinta Berbau Syurga
Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga
Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti letaknya cintaku ini
Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ
Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan
Cintaku ini
Thursday, October 1, 2015
CALIPH Sunnah Supplement For Kids
CALIPH
Sunnah Supplement For Kids
Jus CALIPH - Sunnah Supplements for Kids membantu meningkatkan 'brain function', kecerdasan dan kecergasan anak anak.
- ⋙Anak anda kurang selera makan?
- ⋙Kerap demam & selesema?
- ⋙Kurang aktif dan kurang bercakap?
- ⋙Anak anda susah menghafal dan tumpukan perhatian?
- ⋙Anak anda kurang aktif dan tidak bermaya ?
Jika anak anda berumur 1 Tahun ke atas mengalami masalah
ini, Jangan risau, mereka hanya perlu dibekalkan dengan makanan
tambahan yang boleh membantu perkembangan otak dan meningkatkan fungsi nya.
InshaAllah.
JIKA
ANAK ANDA ADA MASALAH INI;
- ⋙Sering bermain semasa guru mengajar (tidak fokus)
- ⋙Tidak mahu membuat kerja rumah (malas sebab tidak faham)
- ⋙Sukar bangun tidur untuk kesekolah (sering keletihan)
- ⋙Suka memberontak dan bergaduh dengan adik beradik
- ⋙Tidak mendapat kecemerlangan dalam pelajaran
InsyaAllah semua ini boleh di atasi dengan CALIPH
Supplements.
Selain didikan yang berkesan, anak-anak juga perlu
dibekalkan dengan vitamin, minerals dan makanan tambahan yang mampu membantu
perkembangan otak dan fungsinya selain memberi antibodi yang tinggi untuk
mengelakkan mereka kerap jatuh sakit.
| CALIPH Sunnah Supplement for Kids |
Anak Anak
perlu dibantu.
- ⋙Ibu bapa adalah TUNJANG UTAMA dalam membantu proses tumbesaran, perkembangan dan pembelajaran anak anak.
- ⋙Dari Didikan, Gaya Hidup dan Pemakanan DAN yang Penting Do’a semuanya memainkan peranan penting.
- Ajar
Anak IKUT GAYA HIDUP SIHAT dan Beri SUPPLEMENT-
Selain daripada mengajar anak MENGIKUT GAYA HIDUP SIHAT seperti makan makanan seimbang, beriadah dan sebagainya, anak juga perlukan SUPPLEMENT yang boleh membantu mendapat zat dan nutrisi yang cukup dan dapat mengatasi masalah di atas atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan risiko jatuh sakit yang boleh memberi kesan pada perkembangan dan tumbesarannya.
| CALIPH Sunnah Supplement for Kids |
Jus
Caliph - Sunnah Supplement for Kids ini.
- ✔Jus ini tinggi dengan kandungan Serat, Kalsium, Vitamin dan Minerals yang sangat membantu untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak.
- ✔Jus Caliph mengandungi 'GRED TERBAIK' :
- ✔Kurma, Kismis, Madu, Delima, Buah Tin, Aprikot, Omega 3, Omega 6, Zat Besi, Vitamin A, B1, B2, B3, Vitamin C, B17, Serat, Karotena serta Khasiat sayur-sayuran
- ✔Kesemua kandungan ini merupakan sumber yang tinggi dengan Serat, Vitamins, Minerals dan nutriens yang lain.
- ✔Kurma, Kismis, Madu, Delima dan Buah Tin merupakan makanan Sunnah yang sangat digalakkan diamalkan oleh semua umat Islam termasuk kanak kanak.
- ✔Setiap bahan yang terkandung dalam Jus Caliph memiliki kehebatannya tersendiri yang mampu menjadi penawar pelbagai penyakit dan perkembangan minda bukan sahaja terbukti secara saintifik, malahan turut diperakui khasiatnya oleh baginda Rasulllah S.A.W melalui hadis-hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran.
- ✔Amalan pengambilan gabungan makanan sunnah ini melalui Jus Caliph bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu anak anak kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, In Shaa Allah..
- ✔Bagi memudahkan anak anak anda mengamalkan makanan sunnah dan mendapat khasiat untuk pertumbuhan dan perkembangan otak mereka .
Cuba
lah Jus Caliph - Sunnah Supplement For Kids.
- ✔Ibu Bapa yang prihatin akan memberikan anak-anak mereka makanan tambahan untuk kecergasan minda dan tumbesaran anak-anak mereka.
- ✔Namun, produk yang tidak berkesan dan rasa yang kurang enak tidak digemari anak-anak akan menyebabkan kerugian kemudian hari,
- ✔Cubalah Caliph- Sunnah Supplements for Kids. InshaAllah, anak-anak anda pasti gemari nya dan akan dapat menikmati 1001 khasiat didalamnya.
Produk caliph ini di daftarkan dengan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dengan Pengkelasan Makanan Tambahan.
Diproses di Kilang Muslim Bertaraf GMP dan mempunyai
Sijil Halal dari JAKIM
CARA
PEMAKANAN;
Di cadangkan minum guna sudu PLASTIK dan hanya
2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur.
- ⋙1 hingga 3 Tahun – ½ Sudu Kecil (2.5ml)
- ⋙4 hingga 6 Tahun – 1 Sudu Kecil (5ml)
- ⋙6 Tahun Keatas – 1-2 Sudu besar (10-20ml)
CALIPH Sunnah Supplement for Kids
HARGA ASAL:
Tingkatkan kecergasan minda dan kekuatan antibodi anak anak anda dengan
makanan tambahan khas untuk kanak kanak berasaskan makanan sunnah.
Kandungan: 350ML
PEMBELIAN
DALAM TALIAN (ONLINE ORDER)
♛
Cara Order Produk ♛
CALIPH
Sunnah Supplement For Kids.
350ml
HARGA HANYA
RM80 Semenanjung Malaysia
RM85 Sabah Sarawak
RM80 Semenanjung Malaysia
RM85 Sabah Sarawak
1 Botol : RM 70.00
2 Botol : RM 120.00
Nak lagi jimat !!!
3 Botol : RM150
Kadar postage : RM 6 (SM) / RM 9 (SS)
PERHATIAN!!! Voucher Skim Simpanan Pendidikan Nasional bernilai RM1000 di dalam kotak bertuah. Mungkin ia akan menjadi milik anak kesayangan anda!!
HOTLINE :
PM –
WhatsApp/SMS:-
" 019-5107354 "
" 019-5107354 "
Email: nuurmuliana@gmail.com
Soalan Lazim Caliph Sunnah Supplement for Kids.
1. Apakah Jus Caliph?
Jus Caliph ialah jus makanan tambahan kanak kanak yang tinggi dengan kandungan Serat, Kalsium, Vitamin dan Minerals yang sangat membantu untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak.
2. Apakah kandungan yang terdapat di dalam Jus Caliph?
Jus Caliph mengandungi 'GRED TERBAIK' :Kurma, Kismis, Madu, Delima, Buah Tin, Aprikot, Omega 3, Omega 6
3, Kenapa saya harus memilih Jus Caliph untuk anak saya?
Anda perlu memilih Jus Caliph kerana :Kesemua kandungan di dalam Jus Caliph -Sunnah Supplement For Kids merupakan sumber yg tinggi dengan Serat, Vitamins, Minerals dan nutriens yang lain.
Kurma, Kismis, Madu, Delima dan Buah Tin merupakan makanan Sunnah yang sangat digalakkan diamalkan oleh semua umat Islam termasuk kanak kanak.
Setiap bahan yang terkandung dalam Jus Caliph memiliki kehebatannya tersendiri yang mampu menjadi penawar pelbagai penyakit dan perkembangan minda bukan sahaja terbukti secara saintifik, malahan turut diperakui khasiatnya oleh baginda Rasulllah S.A.W melalui hadis-hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran.
Amalan pengambilan gabungan makanan sunnah ini melalui Jus Caliph bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu anak anak kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, In Shaa Allah..
4. Adakah Jus Caliph mendapat kelulusan Kementerian
Kesihatan Malaysia?
YA.Jus Caliph- Sunnah Supplement For Kids tidak mendapat pengiktirafan sebagai 'PRODUK TIDAK PERLU BERDAFTAR' kerana ianya hanyalah makanan tambahan (food supplement) berasaskan buah buahan Gred Terbaik.Walaubagaimanapun, anda boleh semak status Jus Caliph di KKM menggunakan Nombor Rujukan 020215/01/249
5. Siapah pengeluar Jus Caliph?
Jus Caliph di keluarkan dan di pasarkan oleh Raffelinna Sdn Bhd sebuah syarikat dari Kedah yang sudah 3 tahun berpengalaman dalam jualan produk kesihatan dan kecantikkan. Syarikat ini amat mementingkan produk yang berkualiti, suci dan berkesan. Bukan sahaja keuntungan yang di cari, juga keberkatan dalam perniagaan.
6. Adakah produk ini berkesan?
Dengan izin Allah, produk ini baru beberapa minggu dipasaran dan kami telah menerima banyak testimoni yang baik dari pengguna.
7. Produk ini sesuai untuk siapa?
Jus Caliph di formulasikan khas kepada kanak kanak seawal 1 tahun dan keatas.
♛
Cara Order Produk :♛
PEMBELIAN
DALAM TALIAN (ONLINE ORDER)
1. Permintaan Produk dan Kuantiti Telefon / SMS / WhatsApp :
019 - 5107354
2. Kami akan semak stok untuk anda
3. Bayar Jumlah yang dipersetujui ke Bank kami.
AKAUN: MAYBANK
NO AKAUN: 157018750067
NUUR MULIANA MUSTAFFA
4. Hantar salinan Slip bank-in/Transaksi melalui
SMS/WhatsApp atau email ke: nuurmuliana@gmail.com
5. Berikan;
Nama :
Alamat
Lengkap :
No
Telefon :
Nama
Produk dan kuantiti:
untuk Proses Penghantaran melalui Poslaju.
Pihak kami akan maklumkan Penghantaran dan No.Tracking
poslaju melalui pesanan - sms / whatsapp.
Muhasabah Cinta
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Wednesday, September 30, 2015
Buat mu wahai cahaya kelembutan "La Tahzan"
Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.
Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.
Ada yang mengatakannya "EGO", mungkin itulah ego terbaik baginya..
La tahzan
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.
Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka DIA berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.
Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya!!
Ya, percaya.
La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.
Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears....
InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah????
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.
” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
La tahzan. Kesatlah air mata..
Allah ada.
Allah tahu.
“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
Dan ingatlah,
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia!!!

Monday, July 13, 2015
Why do people???
@ffairs@INFIDELITY
Why do people - men and woman - have affairs??
I've heard a whole host of 'causes' of - or 'reasons' for - infidelity. I've listed below the main ones I've come across in my mind..
KEEP IN MIND!...
You, like
many others, may have ‘found’ yourself dealing with infidelity for one or a
number of the following: (if)
15 'Reasons' or excuses for infidelity
- Someone paid you attention - you badly needed it, or at least you thought you did, and it made you feel fantastic.
- For no ‘apparent’ reason you feel (or felt) hopelessly attracted to someone and you can't put that person out of your mind - he/she is 'the love of your life'.
- Your partner has had an affair and now you're out for adventure as revenge... almost anyone will do - you'd love to be dealing with infidelity.
- Your marriage or relationship is dead - both you and your partner know it, and you feel that the affair is giving you something you otherwise wouldn't have had. Of course, there are plenty of people who would claim their marriage is dead without their spouse knowing about it!
- You haven't been in a committed relationship to know how precious it can be, and therefore haven't given the other partner any thought at all.
- You feel this is your chance for a ‘bit of happiness -– for whatever reason. Your happiness is very likely to be short-lived - for you, an affair is not the answer. Avoiding dealing with what really makes you unhappy is just going to prolong the agony long-term.
- You're young and feel privileged to be the 'chosen one' of someone older and/or in a position of power. You may not realise the total devastation your dealing with infidelity may cause.
- You feel the 'chosen one' of someone in a position of power -– the affair appears to do wonders for your low-self esteem and/or lack of confidence.
- Your partner suffers from a long-term illness, taking up all your attention, time and other resources. There's no space for you and this affair is meeting your needs - emotional and/or physical.
- You have a long-distance relationship; you're missing having someone close and you want some fun.
- You don't care about your relationship or your lover's primary relationship –- you're having (or you had) an affair out of bravado and contempt, and for any perceived ‘kudos’ - adultery is the name of the game.
- You have a greater need for a physical relationship and your partner has never been that interested, has lost interest or just can'’t ‘provide’ for whatever reason.
- You're feeling invincible and see no problem in doing just what you like. You have a list of reasons as to why you're entitled to have an affair, but you're beginning to have niggles about it.
- You're in touch again with an old flame and despite being married or in a relationship, you feel driven to be close to this person.
- You had absolutely no idea that your ‘lover’ was/is already married or in a relationship. This is a really painful one, if you truly didn't know. You were lied to and now you're having to cope with the shock of that discovery and, quite likely, the end of that relationship.
Whatever
your reason for being unfaithful, the above are only factors that may have
led up to you having a marital affair. They aren't excuses - you
made choices.
If you're
dealing with infidelity or an extramarital affair, I'm afraid to say it will
end in tears for at least one of the parties - if it hasn'’t already.....
Just a POEM :...
"Having an affair is nothing like taking a pottery class.
NO.
It would start out like that, and then,
ummm, something would happen,
Someone, uhm, finds out, or
Someone falls in love, and
it ENDs disastrously.
It always ends DISASTROUSLY...." - Unfaithful
Wednesday, June 24, 2015
POLIGAMI... Monopoli..... Robopoli...
Actually, this post dah lama terperam kat draft...bila bukak ja, baru tahu yg post ni x hbis smpy ke Z....dari my status as a "cik" and dah bertukar ke status "Cik Puan Muda" dah pun..haha.. I'm officially as a wife to someone...ALHAMDULILLAH.
Now, back to basic,,,ehhh..pehal la kan..lets continue isu yang dah lama terperam tu.. Bismillahirahmanirahim.....
A : "Kau suka ekk kongsi-kongsi kasih ni???".....
B : "hurmm...ikut akal! memanglah tak nak....ikut hati! huishh rasa sakit kot, pakwe kena kacau ngan orang pun perangai dah macam kera makan cili....time tu kira nk protect habis-habisan laa kan.... sampai serang orang yang dianggap orang ketiga dalam perhubungan tu..... padahal "BERTEPUK SEBELAH TANGAN TAKKAN BERBUNYI" iyer dakk...
Bila orang tanya aku pasal POLIGAMI?????
My answer :
"I'm OK with that.."
Mesti yang dengar akan prejudis dengan aku... Yaa, mmg pun, i know laa... pas tu betikam lidah keluar pendapat masing2.... tp yg lelaki nya tersenyum sumbing..kan..kan.. apa yang ada dalam kotak fikiran golongan lelaki tu hanya DIA saja yang mengetahui..
Sebenar-benarnya, suatu ketika dulu, aku adalah seorang di antara perempuan-perempuan, gadis-gadis dan wanita-wanita yang memerangi POLIGAMI... serius dulu aku sangat tak suka dengan POLIGAMI...even semasa aku belajar tentang bab Munakahat, akal dan hati aku masih lagi tak suka dengan poligami, tertutup rapat pintu hati tu...meluat sangat-sangatlah..
Tapi, sampai satu saat tu aku terkesan dengan keadaan sekeliling, dari pembacaan, penglihatan, PENGALAMAN!!!???? ehh tak lah..x wujud lagi kisah tu dalam life aku sbb aku tak kawen lagi pun..... Dan yang sebenar-benarnya adalah dari DIA... DIA lah yang Maha Berkuasa membolak balikkan hati kita...dari negative ke positive..
"Elehhh, kau tak kawen lagi senanglah kau cakap..boleh terimalah apa lah...kena kat batang hidung sendiri melalak jaa hilang entah kemana nanti"......
andai itu semua ketentuan DIA, Aku mohon di beri kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi nya...pujuklah hati agar sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberi oleh-NYA..
Jommm!!!, scroll down your eyes...lets continue tarbiah diri.
andai itu semua ketentuan DIA, Aku mohon di beri kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi nya...pujuklah hati agar sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberi oleh-NYA..
Jommm!!!, scroll down your eyes...lets continue tarbiah diri.
Ada wanita yang berfikiran bahawa hukum poligami ini tak sesuai dan tak perlu pun di praktikkan, anggapan ini adalah salah, kerana salah anggap ini lah kaum2 wanita sangat takut dan berasa dirinya terasing, tersisih kalau si suami berkahwin satu lagi..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Akan datang suatu zaman di mana seorang lelaki diikuti oleh empat puluh orang wanita, meminta perlindungan kerana sedikitnya lelaki dan ramainya wanita"
Apa yg diucapkan Rasulullah s.a.w kira-kira beribu tahun yang lalu kini sudah mulai terjadi. Bukak sikit mata dan minda guna hujung jari, result analysis rata-rata kat seluruh dunia bilangan wanita itu melebihi kaum lelaki. Kalau tak, takkan lah wujud kes andartu zaman sekarang ni, ramai anak dara yang sudah lanjut umurnya tak berkahwin.
As a individual muslim, kita bukaklah mata dengan luas mengapa ramai wanita yang sudah lanjut umurnya masih tak ada pasangan hidup. Sedangkan keinginan untuk berkahwin itu adalah satu kehendak fitrah yang murni jika tidak dipenuhi manusia itu sendiri akan mengalami tekanan atau kekosongan jiwa yang berterusan. Fikiran kacau, emo memanjang, malu pada cemuhan orang sekeliling. Hari tua pulak cuba bayangkan....kosonggg dan amat menyusahkan...
Memperjuangkan IMAN adalah tunggak utama dalam kehidupan berpoligami. Jika bukan kerana iman, tak perlu kata poligami, hukum-hukum Allah yang lain jugak tidak mampu diperjuangkan. Imanlah yang mendorong wanita bahawa poligami itu baik, cantik dan berfaedah bukan sahaja kepada manusia, masyarakat malah AGAMA. Memang tidak dinafikan bahawa akan ada rasa sakit nya bila suami yang di kasihi dan di sayangi akan di kongsikan bersama wanita lain.
Dari pembacaan yg di kongsikan :
: Pandangan
Syariah Islam Tentang Poligami
Poligami
atau dikenal dengan ta`addud zawaj pada dasarnya 'mubah' atau boleh. Bukan wajib
juga bukan sunnah. Kerena melihat ‘siyaqul-ayah’ memang mensyaratkan harus ADIL.
Dan keadilan itu yang tidak dimiliki semua orang. Allah SAW berfirman:
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yang yatim, maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.(QS. An-Nisa: 3)
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yang yatim, maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.(QS. An-Nisa: 3)
Jadi syarat utama poligami adalah adil terhadap isteri, baik dalam nafkah zahir batin, atau pun dalam perhatian, kasih sayang, perlindungan serta pembahagian waktu. Jangan sampai salah satunya tidak diberi dengan cukup. Kalau tidak diberi cukup nafkah, maka hal itu adalah kezaliman.
Sebagaimana hukum menikah yang biasa memiliki banyak bentuk hukum, begitu juga dengan poligami, hukumnya sangat ditentukan oleh keadaan seseorang, bahkan bukan hanya keadaan dirinya tetapi juga menyangkut keadaan dan perasaan orang lain, dalam hal ini berkaitan isterinya atau keluarga isterinya. Pertimbangan orang lain tidak boleh dimentahkan begitu saja dan tentunya hal ini sangat kemanusiaan.Kerana itu kita dapati Rasulullah SAW melarang Ali bin abi Thalib untuk memadu Fatimah yang merupakan putri Rasulullah SAW. Sehingga Saidina Ali tidak melakukan poligami.
Kalau hukum poligami itu sunnah atau dianjurkan, maka apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk melarang Ali berpoligami akan bertentangan.
Selain itu yang sudah menjadi syarat paling utama dalam pertimbangan poligami adalah masalah kemampuan financial aka kewangan. Macam mana pun ketika seorang suami memutuskan untuk menikah lagi, maka yang harus pertama kali terlintas di kepalanya adalah masalah tanggung jawab nafkah dan keperluan hidup untuk dua keluarga sekaligus. Nafkah tentu saja tidak berhenti sekadar boleh memberi makan dan minum untuk isteri dan anak, tapi lebih dari itu, bagaimana dia merencanakan anggaran keperluan hidup sampailah kepada masalah pendidikan yang layak, rumah dan semua keperluan lainnya.
Ketentuan keadilan sebenarnya pada garis-garis umum saja. Kerana bila semua dilihat secara detail pastilah tidak mungkin berlaku adil secara empiris. Sebab itulah dibuatkan garis-garis panduan seperti masalah pembahagian menginap. Menginap di rumah isteri harus adil. Misalnya sehari di isteri tua dan sehari di isteri muda. Yang diambil kira adalah malamnya atau menginapnya, bukan hubungan seksualnya.
Secara fitrah umumnya, keperluan seksual lelaki memang lebih tinggi dari wanita.
Nafsu berahi setiap orang itu berbeza-beza keperluannya dan cara pemenuhannya. Dari sudut pandang laki-laki, masalah `kehausan` nafsu berahi sedikit banyak dipengaruhi kepada kepuasan hubungan seksual dengan isteri. Bila isteri mampu memberikan kepuasan seksual, secara umum kehausan itu dah terpenuhi dan sebaliknya bila kepuasan itu tidak didapat, maka kehausan itu tak di penuhi. Akhirnya, menikah lagi sering menjadi alternatif penyelesaian masalah tu.
Umumnya lelaki memerlukan kepuasan seksual baik dalam kualiti dan jugak kuantiti. Namun umumnya kepuasan kualiti lebih dominan dari pada kepuasan secara kuantiti. Bila terpenuhi secara kualiti, umumnya sudah dirasa mencukupi. Sedangkan pemenuhan dari sisi kuantiti saja sering tidak terlalu bererti bila tidak ada kualiti, bahkan mungkin saja menjadi sekadar rutin kosong. So, alternatif penyelesaian adalah menikah lagi.
Secara fizikal, terkadang memang ada pasangan yang agak ekstrim. Di mana suami memiliki keperluan kualiti dan kuantiti lebih tinggi, sementara pihak isteri kurang mampu memberikannya baik dari segi kualiti dan juga kuantiti. Ketidak-seimbangan ini mungkin saja terjadi dalam sepasang suami isteri. Namun biasanya solusinya adalah penyesuaian diri dari pihak masing-masing. Di mana suami berusaha mengurangi dorongan keperluan untuk kepuasan secara kualiti dan kuantiti. Dan sebaliknya isteri berusaha meningkatkan kemampuan pelayanan dari kedua segi itu. Nanti keduanya akan bertemu di satu titik.
: Berlebihan Dalam Memahami Masalah Poligami Dalam Islam
Ada orang yang terlalu berlebihan dalam memahami kebolehan poligami dalam Islam. Dan sebaliknya, ada golongan yang berusaha menghalang-halangi terjadinya poligami dalam Islam, meski tidak sampai menolak syariatnya
a. Pihak yang Berlebihan
Menurut kalangan ini, poligami adalah perkara yang sangat utama untuk dikerjakan bahkan merupakan sunat mu’akad dan cara hidup Rasulullah SAW. Kemana-mana mereka selalu membincangkan poligami hingga seolah hampir mendekati wajib.
Kekeliruan seperti itu sering menggunakan ayat poligami yang memang bunyinya seolah seperti mendahulukan poligami dan bila tidak mampu, barulah beristeri satu saja. Istilahnya, poligami dulu, kalau tidak mampu, baru satu saja.
Maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.(QS. An-Nisa: 3). Padahal makna ayat itu sama sekali tidak demikian. Kerana meski sepintas ayat itu kelihatan mendahulukan poligami lebih dahulu, tapi dalam kenyataan hukum hasil dari istinbath para ulama dengan membandingkannya dengan dalil-dalil lainnya menunjukkan bahawa poligami merupakan jalan keluar atau rukhshah (bentuk keringanan) atas sebuah keperluan. Bukan menempati posisi utama dalam masalah pernikahan.
Alasan agar tidak jatuh ke dalam zina adalah alasan yang ma`qul (logik) dan boleh diterima. Kerana Allah SWT memang memerintahkan agar seorang mukmin menjaga kemaluannya.
Allah SWT berfirman:
Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, (QS. Al-Mukminun: 5)
Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, (QS. Al-Mukminun: 5)
Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman,"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (QS. An-Nur: 30)
Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, (QS. Al-Ma`arij: 29)
Bila satu isteri saja masih belum boleh menahan gejolak syahwatnya, sementara secara nafkah dia mampu berbuat adil, bolehlah seseorang untuk menikah lagi dengan niat menjaga agamanya. Bukan sekadar memuaskan nafsu syahwat saja.
Bentuk kekeliruan yang lain adalah rasa terlalu optimis atas kemampuan menanggung beban nafkah. Padahal Islam tetap menutut kita berlaku logik dan penuh perhitungan. Memang rezeki itu Allah SWT yang memberi, tapi rezeki itu tidak datang begitu saja.
Bahkan untuk orang yang baru pertama kali menikah pun, Rasulullah SAW mensyaratkan harus punya kemampuan kewangan. Dan bila belum mampu, maka hendaknya berpuasa saja.
b. Pihak yang Mencegah Poligami
Di sisi lain, ada kalangan yang menentang poligami atau paling tidak kurang bersetuju terhadap poligami. Mereka pun sibuk membolak balik ayat Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW untuk mencari dalil yang boleh melarang atau minimakan pemberatan jalan menuju poligami.
Misalnya dengan mengikat seorang suami untuk janji tidak menikah lagi ketika melangsungkan pernikahan pertamanya. Janji itu diqiyaskan dengan sighah ta’liq yang bila dilanggar maka isterinya diceraikan.
Mengenai isu ini, para ulama berbeza pendapat tentang syarat tidak boleh melakukan poligami bagi suami yang diajukan oleh isterinya pada saat akad nikah. Adakah pensyaratan tersebut dibolehkan atau tidak?
Sebahagian ulama menyatakan bahawa pensyaratan tersebut diperbolehkan, sedangkan yang lain berpendapat hal tersebut dimakruhkan tetapi tidak haram. Kerana dengan adanya pensyaratan tersebut maka suami akan merasa terbelenggu yang pada akhirnya akan menimbulkan hubungan yang kurang harmoni di antara keduanya.
Bentuk lainnya berkaitan poligami dalam Islam, dikatakan bahwa Rasulullah SAW tidak pernah melakukan poligami kecuali hanya kepada janda saja. Tidak pernah kepada wanita yang perawan. Memang ketika menikahi Aisyah ra, status Rasulullah SAW adalah seorang duda yang ditinggal mati isterinya.
Dalam menjawab masalah ini, sebenarnya syarat harus menikahi wanita yang berstatus janda bukanlah syarat untuk poligami. Meskipun Rasulullah SAW memang lebih banyak menikahi janda daripada yang masih gadis.Pertimbangan ini tidak menjadi syarat untuk poligami dalam syariat Islam.
Sebahagian kalangan juga ingin menghalangi poligami dengan dasar bahawa syarat berlaku adil dalam Al-Quran Al-Karim adalah sesuatu yang tidak mungkin boleh dilakukan. Dengan demikian, maka poligami dilarang dalam Islam.
Padahal, meski ada ayat yang demikian, yang dimaksud dengan "keadilan tidak dapat dilakukan" adalah keadilan yang bersifat menyeluruh baik material mahupun ruhiyah. Sementara keadilan yang dituntut dalam sebuah poligami hanya sebatas keadilan secara sesuatu yang bisa diukur dan lebih bersifat material. Sedangkan masalah cinta dalam dada, sangat sulit untuk diidentifikasi.
Namun demikian, Rasulullah SAW mengancam suami yang berlaku tidak adil kepada isterinya dengan ancaman berat.
p/s : Mungkin di barat aka kafir secara formalnya menghalangi seorang suami itu mempunyai ramai isteri. Namun, golongan ini amatlah menerima dan menyokong kepada seks bebas, homoseksual, lesbian etc. Namun, secara tak formal nya mereka ni mengamalkan konsep perkongsian sepertimana poligami. Indahnya islam kerana membenarkan poligami adalah bagi menjauhkan kita dari kembali ke zaman jahiliah dan menjaga nasab keturunan kita.
Wallahu a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Wallahu a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Subscribe to:
Comments (Atom)

















